awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 40 maut dalam serangan bom di Syria

Agensi
Agensi
27/07/2016
10:16 MYT
Lebih 40 maut dalam serangan bom di Syria
Keadaan kawasan yang musnah teruk akibat ledakan bom. - Foto AP
Dua ledakan bom menggemparkan timur laut Syria dan mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dan mencederakan kira-kira 170 yang lain, lapor media tempatan.
Militan Daish dilaporkan mengaku bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku di bandar Qamishli berdekatan sempadan Turki itu.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain melaporkan insiden ledakan bom itu namun memberikan angka kematian yang lebih rendah.
Difahamkan, salah satu daripada bom itu meledak berdekatan ibu pejabat keselamatan pentadbiran Kurdi yang mengawal keseluruhan wilayah Hasaka.
Sementara itu stesen televisyen tempatan melaporkan bahawa bom dipasang pada sebuah kereta sementara satu lagi pada motosikal.
Siaran visual berita berkenaan menunjukkan kemusnahan teruk bangunan di sekitarnya, dengan serpihan konkrit yang berselerakan di tengah jalan raya serta kepulan asap yang menyesakkan.
Salah satu letupan itu sangat kuat hingga memecahkan cermin tingkap sepanjang deretan kedai di bandar Nusaybin, di bahagian Turki.
Daish mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu, dan menyatakan mereka memang menyasarkan pasukan keselamatan Kurdi.
Kumpulan militan itu, yang menentang kumpulan YPG Kurdi dan sekutunya di Hasaka dan Aleppo, memang sudah lama menyasarkan Qamishli dan ibu negerinya, Hasaka.
Topic Berkaitan
#ledakan bom
#Qamishli
#sempadan Turki
#serangan bom
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan