awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 670 dipercayai terkorban dalam tanah runtuh di Papua New Guinea

Agensi
Agensi
26/05/2024
12:55 MYT
Lebih 670 dipercayai terkorban dalam tanah runtuh di Papua New Guinea
Lebih 670 individu dikhuatiri terkorban selepas tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, wilayah Enga, Papua New Guinea. - Foto fail/AP
PORT MORESBY: Lebih 670 individu dikhuatiri terbunuh selepas tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, Papua New Guinea.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Serhan Aktoprak memaklumkan, lebih 150 buah rumah turut tertimbus.
"Angka ini jauh lebih tinggi daripada jangkaan awal iaitu dianggarkan 100 hingga 300 individu terkorban dalam bencana itu.
"Keadaan teruk dengan tanah masih menggelongsor. Air masih mengalir dan ini mewujudkan risiko besar untuk setiap orang yang terlibat," katanya.
Kampung lereng bukit yang dahulunya sibuk di wilayah Enga hampir musnah sepenuhnya apabila tanah runtuh melanda pada awal pagi kelmarin.
Ia menimbus banyak rumah beserta penduduk yang tidur di dalamnya.
Orang ramai menggunakan kayu penggali, penyodok, alat pertanian yang besar untuk mengeluarkan mayat yang tertimbus di bawah tanah,” kata Aktoprak.
Tambah Aktoprak, lebih 1,250 penduduk melibatkan 250 rumah dipindahkan ke ke satu lokasi yang selamat.
Namun, katanya, angka kematian akan disemak semula apabila pekerja bencana di lapangan menyedari lebih ramai orang tinggal di kampung itu daripada yang dianggarkan pada awalnya.
Papua New Guinea, dengan populasi hampir 10 juta orang, terletak di utara Australia.
Walaupun kaya dengan mineral, kayu, minyak dan gas, sejarah kolonialisme, ketidakstabilan politik dan pengurusan sumber yang lemah telah menyebabkan rakyatnya hidup dalam kemiskinan.
Topic Berkaitan
#Papua New Guinea
#tanah runtuh
#terkorban
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan