awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 843,000 hilang tempat tinggal sejak konflik Sudan bermula

Bernama
Bernama
18/05/2023
07:20 MYT
Lebih 843,000 hilang tempat tinggal sejak konflik Sudan bermula
Bantuan kemanusiaan dipercayai diperlukan oleh lebih 25.7 juta orang dari dalam dan luar Sudan. - Gambar/ AP
GENEVA: Kira-kira 843,130 penduduk Sudan hilang tempat tinggal sejak bermulanya konflik, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Rabu.
IOM dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa 1.8 juta lagi penduduk dijangka hilang tempat tinggal jika perang berlarutan, lapor Agensi Anadolu.
Ia menyatakan bahawa terdapat 1.1 juta pelarian dan 3.8 juta penduduk hilang tempat tinggal di negara itu sebelum konflik.
Walaupun hampir 259,000 orang telah melarikan diri dari Sudan ke negara berhampiran, IOM berkata bahawa lebih sejuta pelarian dan migran yang terjejas oleh konflik mungkin berpindah ke negara jiran jika konflik berterusan.
Menurut pertubuhan itu, bantuan kemanusiaan dipercayai diperlukan oleh lebih 25.7 juta orang dari dalam dan luar Sudan.
IOM juga mewujudkan pelan tindak balas dan membuat rayuan untuk US$209 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kritikal kepada mereka yang terjejas oleh krisis.
Rayuan itu termasuk keperluan mendesak sebanyak US$105 juta untuk Sudan dan US$104 juta lagi untuk respons di Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan Ethiopia, katanya.
"Situasi kemanusiaan semasa di Sudan adalah yang paling teruk yang pernah dialami negara itu.
"Berjuta-juta penduduk amat memerlukan bantuan asas seperti air, makanan dan tempat tinggal. Jika kita tidak bertindak sekarang, rakyat Sudan akan menghadapi malapetaka kemanusiaan yang tidak dapat dielakkan," kata Ketua Pengarah IOM Antonio Vitorino dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#penduduk hilang tempat tinggal
#pelarian
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan