awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS

Bernama
Bernama
07/08/2024
06:00 MYT
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Lelaki itu tiba di AS pada April selepas beberapa ketika berada di Iran. - Gambar hiasan
NEW YORK: Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS), menurut Jabatan Kehakiman AS pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Jabatan Kehakiman dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), lelaki itu tiba di AS pada April selepas beberapa ketika berada di Iran.
Pada pertengahan Jun, lelaki itu bertemu dengan pembunuh upahan yang sebenarnya merupakan pegawai penguat kuasa undang-undang yang menyamar. Dia kemudiannya ditangkap pada Julai.
"Aduan yang didedahkan hari ini menegaskan bahawa sesiapa yang terlibat dalam rancangan pembunuhan di Amerika akan berdepan tindakan tegas daripada sistem keadilan kita.
"Menjadikan bekas dan pegawai semasa sebagai sasaran oleh pihak asing adalah satu penghinaan terhadap kedaulatan dan institusi demokrasi kita.
"Jabatan Kehakiman akan menggunakan segala cara yang ada untuk mendedahkan dan menghentikan aktiviti melampau ini," kata Penolong Peguam Negara Matthew Olsen dari Bahagian Keselamatan Negara.
Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak menyebut nama sasaran yang didakwa dalam plot itu.
Setiausaha akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre menegaskan tiada bukti yang mengaitkan kes ini dengan cubaan pembunuhan bekas presiden AS Donald Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#AS
#cubaan bunuh ahli politik
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan