awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bersenjata bunuh 14 penduduk kampung di utara Nigeria

Bernama
Bernama
18/01/2020
03:57 MYT
Lelaki bersenjata bunuh 14 penduduk kampung di utara Nigeria
Lelaki bersenjata terbabit, yang tidak diketahui motifnya, dipercayai telah menceroboh kawasan itu melalui negeri jiran Kebbi yang terletak di barat laut Nigeria. - Gambar fail
Sekurang-kurangnya 14 orang telah dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh sebuah kampung di negeri Zamfara di utara Nigeria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang jurucakap polis.
Sebilangan lagi yang tidak diketahui jumlahnya turut cedera dalam serangan di Kampung Babban Rafi yang terletak dalam kawasan kerajaan tempatan Gummi, kata Mohammed Shehu, jurucakap bagi polis negeri Zamfara.
Lelaki bersenjata terbabit, yang tidak diketahui motifnya, dipercayai telah menceroboh kawasan itu melalui negeri jiran Kebbi yang terletak di barat laut Nigeria.
Sumber tempatan berkata kumpulan itu menaiki lebih 40 motosikal dan melepaskan tembakan rambang ke arah sesiapa sahaja yang mereka nampak.
Haiwan ternakan dan beberapa barangan berharga milik penduduk kampung turut dilarikan oleh kumpulan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#cedera
#kerajaan
#Nigeria
#polis
#serangan
#tembakan
#Zamfara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan