awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikehendaki dalam serangan Capitol, diberkas berhampiran kediaman Barack Obama

Bernama
Bernama
30/06/2023
08:14 MYT
Lelaki dikehendaki dalam serangan Capitol, diberkas berhampiran kediaman Barack Obama
Taranto disifatkan sebagai penyokong Donald Trump yang merancang konspirasi dan pernah menyerbu Capitol AS pada 6 Januari 2021. - AP
WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata dan dikehendaki polis bersabit serangan Capitol Amerika Syarikat pada 6 Januari 2021 ditahan selepas kehadirannya disedari di sekitar kediaman Obama di Washington DC, lapor agensi berita Jerman (dpa).
CBS News melaporkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Taylor Taranto, 37, memiliki senjata dan bahan membuat bom ketika dia ditahan pada Khamis.
Alat letupan itu dilaporkan setanding dengan 'Molotov cocktail', walaupun ia belum dipasang.
Lelaki Seattle itu sebelum ini dilaporkan mengugut seorang tokoh masyarakat yang tidak dinyatakan oleh pegawai penguatkuasa undang-undang.
Ejen Perkhidmatan Rahsia bertindak mengejar Taranto sebaik melihat kelibatnya di sekitar kediaman bekas presiden itu.
NBC News menggambarkan Taranto sebagai "penyokong Donald Trump yang merancang konspirasi dan pernah menyerbu Capitol AS pada 6 Jan."
Suspek dilaporkan tinggal di dalam sebuah van berhampiran penjara DC. Kenderaan yang mengandungi pelbagai senjata itu ditemui berhampiran lokasi dia ditangkap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan capitol
#Amerika Syarikat
#polis
#Washington DC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan