awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki gigit telinga mangsa hingga putus

Bernama
Bernama
03/01/2013
08:06 MYT
Lelaki gigit telinga mangsa hingga putus
Seorang lelaki berusia 25 tahun untuk kali keduanya ditangkap polis kerana perbuatan menganiaya mangsa dengan cara menggigit mereka, dan dalam kes terbaharu ini dia didapati menggigit telinga seorang lelaki lain hingga putus.
Suspek ditangkap pada Ahad, sehari selepas dia menggigit hingga putus teliga Edi Irawan, 32, dalam satu pertengkaran di terminal bas Pulo Gadung, Jakarta Timur.
Polis berkata dalam kejadian itu suspek yang ketika itu sedang mabuk membuat kekecohan di situ dan cuba memukul seorang kawan Edi yang sedang hamil.
Satu pertengkaran kemudian berlaku antara suspek dan Edi yang berakhir dengan bertumbuk dan pada ketika itu suspek tiba-tiba menerkam dan menggigit telinga Edi hingga putus.
Edi berkata suku bahagian telinganya putus digigit oleh suspek dan ia tak dapat disambung semula kerana bahagian itu tidak ditemui.
Menurut polis, suspek yang sering membuat kekecohan di sekitar Terminal Bas Pulo Gadung, pernah ditangkap pada tahun 2011 dan dihukum penjara kerana menganiaya seorang mangsa dengan menggigit lengannya.
Topic Berkaitan
#lelaki gigit telinga Edi Irawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan