awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut akibat selesema burung H5N1 di Kemboja

Bernama
Bernama
16/11/2025
09:23 MYT
Lelaki maut akibat selesema burung H5N1 di Kemboja
Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan kes disyaki serta individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa.
PHNOM PENH: Seorang lelaki Kemboja berusia 22 tahun meninggal dunia akibat jangkitan influenza avian H5N1, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada Ahad, lapor Xinhua.
"Keputusan makmal daripada Institut Kesihatan Awam Kebangsaan pada 15 Nov menunjukkan lelaki itu positif virus H5N1," menurut kenyataan itu.
Mangsa berasal dari Kampung Kien Khleang di daerah Chroy Changvar, Phnom Penh.
Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan kes disyaki serta individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa bagi mencegah penularan dalam komuniti.
Ubat antivirus Tamiflu (oseltamivir), yang digunakan untuk menghalang penyebaran selesema burung, turut diedarkan kepada mereka yang mempunyai kontak langsung dengan mangsa, menurut kenyataan itu.
Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada, sambil menegaskan bahawa selesema burung masih menjadi ancaman kepada kesihatan awam.
Setakat tahun ini, negara Asia Tenggara itu merekodkan 17 kes jangkitan H5N1 dalam kalangan manusia, dengan enam kematian, menurut kementerian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#jangkitan
#selesema burung
#H5N1
#penularan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan