awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bahan kimia, penduduk diminta berlindung daripada asap toksik

Bernama
Bernama
10/07/2024
07:01 MYT
Letupan bahan kimia, penduduk diminta berlindung daripada asap toksik
Amaran "Watch and Act" masih berkuat kuasa di kawasan terjejas serta penduduk setempat diminta segera berlindung di dalam kediaman masing-masing, susulan asap toksik bergerak ke arah timur merentasi Derrimut. - Gambar/ Reuters
SYDNEY: Pihak berkuasa tempatan bergegas ke sebuah kilang di Derrimut, barat Melbourne selepas letupan yang berpunca daripada bahan kimia mencetuskan kebakaran pada Rabu, lapor Xinhua.
Pasukan bomba Victoria tiba di Swann Drive sekitar 11.20 pagi waktu tempatan.
"Amaran telah dikeluarkan untuk Albion, Braybrook, Brooklyn, Derrimut, Laverton North, Sunshine, Sunshine West, Tottenham dan Truganina," menurut pihak bomba.
Amaran "Watch and Act" masih berkuat kuasa di kawasan terjejas serta penduduk setempat diminta segera berlindung di dalam kediaman masing-masing, susulan asap toksik bergerak ke arah timur merentasi Derrimut.
Pada masa ini, lebih banyak peralatan sedang dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran.
"Tiada laporan kecederaan dan semua pekerja di dalam premis telah dipindahkan.
"Pergerakan trafik di kawasan berkenaan dijangka terjejas untuk seketika," kata jurucakap Polis Victoria kepada Xinhua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melbourne
#kebakaran kilang
#Letupan bahan kimia
#asap toksik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan