awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan baharu menggegarkan Beirut

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2024
01:30 MYT
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk. - Foto AP
BEIRUT: Letupan baharu dilaporkan menggegarkan pinggir bandar selatan Beirut lewat Sabtu ketika Israel meluaskan pengebomannya di Lubnan.
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Ribuan orang di Lubnan, termasuk pelarian Palestin, terus melarikan diri dari konflik yang semakin meluas di rantau itu, sementara perhimpunan diadakan di seluruh dunia menandakan ulang tahun yang semakin hampir bermulanya perang di Gaza.
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad selepas tentera Israel menggesa penduduk mengosongkan kawasan di Dahiyeh, kawasan pinggir bandar yang kebanyakannya Syiah di pinggir selatan Beirut.
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk, di mana Hezbollah mempunyai kehadiran yang kuat.
Tentera Israel mengesahkan ia menyerang sasaran berhampiran Beirut dan berkata kira-kira 30 peluru telah menyeberang dari Lubnan ke wilayah Israel, dengan beberapa dipintas.
Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan Hezbollah membunuh sekurang-kurangnya 25 askar Israel sejak Israel melancarkan operasi darat ke selatan Lubnan awal minggu ini.
Tentera Israel berkata sembilan daripada tenteranya telah terbunuh setakat ini.
Tentera juga mendakwa ia membunuh 250 pejuang Hezbollah.
Topic Berkaitan
#beirut
#letupan
#Israel
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan