awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Gunung Semeru: Rumah ditenggelami abu sehingga paras atap

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2021
22:30 MYT
Letusan Gunung Semeru: Rumah ditenggelami abu sehingga paras atap
Kebanyakan rumah ditenggelami dengan abu sehingga ke paras atap. -Reuters
JAKARTA: Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pada Isnin bagi mengesan mangsa yang terkesan susulan letusan Gunung Berapi Semeru di barat Jawa, Indonesia pada Sabtu.
Setakat ini, 14 individu disahkan terkorban dalam kejadian itu, sementara puluhan yang lain dilaporkan cedera, kata pihak berkuasa.
Saksi kejadian di daerah Lumajang, Taufiq Ismail Marzuqi, memaklumkan melihat anggota polis dan tentera menggali tanah menggunakan tangan bagi mengeluarkan mangsa, memetik laporan agensi berita Reuters.
Kebanyakan rumah ditenggelami dengan abu sehingga ke paras atap.
Gunung Berapi | Perkembangan langsung letusan Gunung Semeru
Sekurang-kurangnya 11 kampung di daerah Lumajang, barat Jawa ditenggelami abu gunung berapi.
Sejumlah 56 individu dilaporkan cedera dengan kebanyakan mereka melecur selepas menyangka lahar panas itu air banjir.
"Saya melihat 10 penduduk dibawa oleh arus deras.
"Penduduk di sini menyangka kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan ini. Kami tidak tahu ia sebenarnya lahar panas.
"Tiba-tiba langit menjadi gelap dan hujan turun," kata Salim, seorang penduduk di Kampung Renteng kepada agensi berita AFP.
BACA: Letusan Gunung Semeru: 13 penduduk terkorban, ribuan hilang tempat tinggal
Gunung Semeru | 13 meninggal dunia, 7 masih hilang
Untuk rekod, Jawa merupakan populasi terbesar di Indonesia dan menempatkan ibu negaranya iaitu Jakarta.
Dengan ketinggian melebihi 12,000 kaki, Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Jawa.
Topic Berkaitan
#Gunung Berapi Semeru
#lahar
#Lumajang
#Taufiq Ismail Marzuqi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan