awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus

Bernama
Bernama
03/02/2025
20:00 MYT
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020. - Gambar Reuters
MINSK: Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Belarus pada Isnin secara rasmi mengisytiharkan kemenangan Alexander Lukashenko dalam pilihan raya presiden terbaru dengan memperoleh 86.82 peratus undi, lapor Xinhua.
Bagi calon lain, Sergei Syrankov memperoleh 3.21 peratus undi, diikuti Oleg Gaidukevich (2.02 peratus), Anna Kanopatskaya (1.86 peratus) dan Alexander Khizhnyak (1.74 peratus). Kira-kira 3.60 peratus pengundi memilih untuk menolak semua calon.
Pilihan raya presiden itu diadakan di Belarus pada 26 Jan. Peratusan keluar mengundi 85.69 peratus.
Di bawah undang-undang Belarus, calon presiden yang memperoleh lebih daripada 50 peratus undi akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#presiden baharu
#Belarus
#Alexander Lukashenko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan