awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS lulus dos penggalak Pfizer untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2022
23:02 MYT
AS lulus dos penggalak Pfizer untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas
FDA meluluskan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun. -Gambar fail/Reuters
KALAMAZOO: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun.
Ia sekali gus mengembangkan lagi program vaksinasi dos penggalak selepas meluluskan untuk mereka yang berusia 16 tahun ke atas sebelum ini.
Menurut FDA, semua individu berusia 12 tahun dan ke atas layak untuk mendapatkan dos penggalak Pfizer dan boleh mendapatkannya seawal lima bulan selepas dos terakhir mereka dan bukannya enam bulan.
Data juga diambil dari Israel yang mencatatkan lebih daripada 6,300 kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun yang mendapat dos penggalak selepas lima bulan dan tidak menemui apa-apa risiko dan kebimbangan keselamatan yang serius.
Data juga menunjukkan dengan mengurangkan sela masa untuk dos penggalak kepada lima bulan tidak menunjukkan masalah.
Vaksin masih menawarkan perlindungan yang baik terhadap komplikasi serius sekiranya dijangkiti COVID-19.
Namun pihak berkuasa kesihatan menggesa semua orang yang layak untuk mendapatkan dos penggalak sebagai langkah untuk mengelak diri mendapat komplikasi teruk serta boleh melawan varian baharu, Omicron.
Topic Berkaitan
#Pfizer
#Kanak-kanak
#COVID-19
#program vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan