awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi

Amanz
Amanz
20/05/2024
06:30 MYT
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat. - Gambar/ Amanz
SECARA logiknya anda pergi ke tepi pantai untuk menikmati sukan luncur air. Ombak laut yang membadai pantai secara semula jadi menjadikan ia antara sukan air yang paling popular di dunia. Tetapi jika anda ke Arab Saudi, kelak anda boleh melakukannya di tengah-tengah padang pasir.
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat. Kolam ini akan menghasilkan ombak buatan manusia yang sama dengan ombak sebenar tetapi masih membenarkan peluncur dengan pelbagai tahap pengalaman meluncur dengan selamat.
Ia dibina di Qiddiya yang terletak berhampiran ibu kota Riyadh. Selain kolam ombak, ia turut menempatkan 22 tarikan lain seperti lungsur air dan kolam untuk kanak-kanak. Pembinaan telahpun dimulakan dengan ia dijangka siap pada tahun 2025.
Qiddiya ialah sebuah lagi projek pembinaan mega di Arab Saudi selain Neom. Ia akan menjadi hab esukan Arab Saudi, roller coaster terpanjang dunia dan taman tema Dragon Ball. Pendek kata jika Neom menjadi tempat pembinaan monumen yang memecah rekod seni bina dunia, Qiddiya akan menjadi bandar taman tema dunia. - Amanz
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#luncur ombak
#padang pasir
#Aquarabia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan