awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre

Bernama
Bernama
27/01/2025
22:15 MYT
Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
Ini adalah kematian pertama di Maharashtra yang disyaki disebabkan oleh GBS. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Seorang lelaki yang disyaki dijangkiti Sindrom Guillain-Barre (GBS) meninggal dunia di negeri Maharashtra, barat India, kata pegawai kesihatan pada Isnin, lapor Xinhua.
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.
Ini adalah kematian pertama di Maharashtra yang disyaki disebabkan oleh GBS.
Menurut pegawai, satu kes GBS dilaporkan di Pune, kira-kira 150 km di tenggara Mumbai, menyaksikan jumlah kes meningkat kepada 101.
Menurut laporan, pasukan respons pantas jabatan kesihatan dan pegawai Majlis Perbandaran Pune mempertingkat pemantauan di kawasan yang terjejas.
Doktor berkata jangkitan bakteria dan virus biasanya menyebabkan GBS kerana ia melemahkan sistem imun pesakit. Walaupun ia lebih biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda, ia tidak akan menyebabkan wabak atau pandemik.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik kerana kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya dengan rawatan, kata pegawai kesihatan.
Sementara itu, kementerian kesihatan India menghantar pasukan yang terdiri daripada tujuh anggota ke Pune untuk menilai situasi berikutan wabak GBS itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sindrom Guillain-Barre
#India
#kematian
#penyakit neurologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan