awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Agung Brazil tolak permohonan pasport bekas Presiden dikembalikan

Bernama
Bernama
30/03/2024
10:17 MYT
Mahkamah Agung Brazil tolak permohonan pasport bekas Presiden dikembalikan
Pasport Bolsonaro dirampas Februari lalu semasa serbuan polis untuk menyiasat sama ada beliau dan golongan dalamannya merancang rampasan kuasa. - Facebook Jair Messias Bolsonaro
MEXICO CITY: Mahkamah Agung Brazil menolak permohonan peguam bela bekas Presiden Jair Bolsonaro supaya pasport anak guamnya yang dirampas bulan lepas semasa siasatan dakwaan satu plot rampasan kuasa, dipulangkan supaya beliau boleh melawat Israel, lapor Sputnik yang memetik laporan media tempatan.
Pasport Bolsonaro dirampas Februari lepas semasa serbuan polis untuk menyiasat sama ada beliau dan golongan dalamannya merancang satu rampasan kuasa supaya beliau boleh kekal berkuasa selepas tewas dalam pilihan raya 2022, kata portal berita G1 pada Jumaat.
Awal bulan ini, pasukan pembelaan Bolsonaro memohon di mahkamah tertinggi Brazil itu untuk mendapatkan kebenaran kepada lawatan beliau ke Israel dari 12 hingga 18 Mei atas jemputan Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu.
Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes menolak permohonan itu pada Khamis dan berkata kekangan itu adalah "perlu dan sesuai " ketika siasatan masih berjalan, menurut laporan media itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jair Bolsonaro
#mahkamah brazil
#pasport bolsonaro
#rampasan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan