awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah EU arah Hungary bayar denda EUR200 juta kerana dasar suaka

Bernama
Bernama
13/06/2024
14:19 MYT
Mahkamah EU arah Hungary bayar denda EUR200 juta kerana dasar suaka
Mahkamah memberitahu, kegagalan untuk melaksanakan penghakiman itu merupakan pelanggaran undang-undang EU (Kesatuan Eropah) yang tidak pernah berlaku sebelum ini. - Gambar fail
LUXEMBOURG: Hungary telah diarahkan oleh Mahkamah Keadilan Eropah untuk membayar denda sebanyak EUR200 juta (AS$216 juta) dan tambahan EUR1 juta sehari kerana tidak melaksanakan keputusan sebelumnya untuk mengubah dasar suaka, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Keputusan ini berdasarkan penghakiman mahkamah pada Disember 2020 mengenai prosedur untuk memberikan perlindungan antarabangsa dan pengembalian warganegara negara ketiga.
Menurut kenyataan akhbar mahkamah pada Khamis, kegagalan untuk melaksanakan penghakiman itu "merupakan pelanggaran undang-undang EU (Kesatuan Eropah) yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan sangat serius."
Para hakim menyatakan: "Hungary tidak mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mematuhi penghakiman 2020 berkenaan akses kepada prosedur perlindungan antarabangsa, hak pemohon perlindungan antarabangsa untuk kekal di Hungary sementara menunggu keputusan muktamad terhadap rayuan mereka terhadap penolakan permohonan mereka dan pengusiran warga negara ketiga yang tinggal secara haram."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hungary
#mahkamah EU
#denda
#dasar suaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan