awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2025
00:30 MYT
Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Hakim menyifatkan permintaan penangguhan itu sebagai sesuatu yang berulang dan telah dibangkitkan berkali-kali sebelum ini. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Mahkamah Rayuan New York pada Selasa menolak permohonan presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghentikan proses jatuh hukum yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.
Hakim Mahkamah Rayuan Negeri, Ellen Gesmer membuat keputusan itu selepas mengadakan sesi pendengaran terhadap usaha terakhir Trump untuk menghalang keputusan hakim perbicaraan Juan Merchan pada Isnin yang membenarkan proses jatuh hukum diteruskan, hanya 10 hari sebelum majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden.
Dalam keputusan itu, Hakim Merchan menolak permintaan daripada pasukan peguam Trump untuk menangguhkan hukuman.
Ia bagi membolehkan mereka membuat rayuan terhadap dua keputusan hakim terdahulu yang menjatuhkan sabitan bersalah pada Mei lalu atas 34 pertuduhan pemalsuan rekod perniagaan.
Hakim menyifatkan permintaan penangguhan itu sebagai sesuatu yang berulang dan telah dibangkitkan berkali-kali sebelum ini.
Merchan turut menyatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk menghantar Trump ke penjara.
Sebaliknya, beliau mencadangkan hukuman pelepasan tanpa syarat, yang hanya akan mencatatkan sabitan bersalah di rekod Trump tanpa denda atau percubaan, memandangkan Trump bakal kembali memegang jawatan Presiden.
Gesmer turut meminta peguam dari Pejabat Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg, yang mengendalikan kes itu, untuk menjawab hujah Trump bahawa penjatuhan hukuman ini akan mengganggu proses peralihan kuasa Presiden.
Peguam negeri, Steven Wu berkata, Hakim Merchan telah menangani isu tersebut dengan menjadualkan hukuman sebelum majlis angkat sumpah, membenarkan Trump hadir secara maya dan memastikan tiada hukuman penjara dijatuhkan.
Wu juga menegaskan bahawa penjatuhan hukuman yang sepatutnya dijadualkan pada Julai lalu telah ditangguhkan beberapa kali atas permintaan Trump, menyifatkan tindakan Trump kini sebagai "tidak jujur" apabila mendakwa waktu hukuman tidak sesuai.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#Donald Trump
#jatuh hukuman
#bintang lucah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan