awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara

Bernama
Bernama
02/01/2026
04:45 MYT
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro, dihantar semula ke penjara selepas Mahkamah Agung menolak permohonan menjalani hukuman tahanan rumah. - Foto AP
RIO DE JANEIRO: Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro, akan dihantar semula ke penjara selepas Mahkamah Agung menolak permohonan peguamnya supaya beliau menjalani hukuman tahanan rumah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mahkamah dalam keputusannya yang dikeluarkan pada Khamis menyatakan bahawa bekas presiden berhaluan kanan itu perlu dipindahkan semula ke selnya di ibu pejabat polis persekutuan di Brasilia, ibu negara Brazil, sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital.
Bolsonaro, 70, baru-baru ini menjalani pembedahan hernia berganda serta pembedahan bagi merawat masalah cegukan kronik. Beliau telah menjalani beberapa pembedahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan kecederaan parah akibat serangan tikaman semasa kempen pilihan raya 2018.
Bolsonaro, yang berkhidmat sebagai presiden dari 2019 hingga 2022, kini dipenjarakan sejak akhir November dan sedang menjalani hukuman penjara lebih 27 tahun.
Mahkamah Agung mendapati bahawa selepas tewas dalam pilihan raya, beliau telah berkomplot bersama sekutunya untuk merancang rampasan kuasa terhadap kerajaan pimpinan penggantinya, Luiz Inacio Lula da Silva.
Dengan mengambil kira keadaan kesihatannya, peguam Bolsonaro memohon agar beliau dibenarkan menjalani hukuman di bawah tahanan rumah. Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes menolak permohonan itu dengan alasan Bolsonaro berulang kali melanggar syarat yang dikenakan mahkamah serta didakwa cuba melarikan diri sebelum dipenjarakan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#bekas presiden Brazil
#Jair Bolsonaro
#hukuman tahanan rumah
#permohonan ditolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan