awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat

Bernama
Bernama
05/07/2023
06:59 MYT
Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat
Pertemuan itu dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan majlis yang dianggotai 15 ahli itu akan bertemu dalam sesi mesyuarat tertutup. -Gambar fail
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bersidang pada Jumaat bagi membincangkan ketegangan yang terus memuncak di bandar Jenin, Tebing Barat hingga menyebabkan angka kematian meningkat.
Pertemuan itu dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan majlis yang dianggotai 15 ahli itu akan bertemu dalam sesi mesyuarat tertutup, lapor Agensi Anadolu.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini susulan serangan Israel ke bandar-bandar Palestin.
Tentera Israel pada Isnin melancarkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun, membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin manakala lebih 100 yang lain cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Hampir 190 rakyat Palestin telah dibunuh tentera Israel sejak awal tahun ini, menurut kementerian itu.
Sekurang-kurangnya 25 warga Israel terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Majlis Keselamatan
#Jenin
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan