awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Liga Arab adakan sesi luar biasa bincang keputusan ICJ

Bernama
Bernama
28/01/2024
09:35 MYT
Majlis Liga Arab adakan sesi luar biasa bincang keputusan ICJ
Sesi luar biasa itu untuk merumuskan pendirian bersatu Arab terhadap langkah sementara dikeluarkan oleh ICJ terhadap Israel. - Reuters
KAHERAH: Atas permintaan Palestin, Majlis Liga Arab akan mengadakan sesi luar biasa di peringkat perwakilan tetap pada Ahad.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Maghribi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dalam kenyataan, Wakil Tetap Palestin ke Liga Arab, Mohannad Aklouk berkata sesi luar biasa itu akan diadakan untuk merumuskan pendirian bersatu Arab terhadap langkah sementara dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel.
Beliau berkata permintaan Palestin telah diselaraskan dengan Maghribi, presiden bagi sesi ke-160 Liga Arab di peringkat menteri, bersama Jordan dan Mesir dengan mendapat sokongan negara-negara anggota organisasi Seluruh-Arab yang berpangkalan di Kaherah.
Pada 29 Dis, Afrika Selatan memfailkan tuntutan di ICJ, memohon injunksi terhadap Israel atas alasan serangan Israel ke atas Gaza melanggar Konvensyen Genosid.
Dalam keputusannya pada Jumaat, ICJ mengarahkan Israel untuk melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah genosid di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mencegah serta menghukum sebarang hasutan untuk genosid.
Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, mencegah kemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti berkaitan dakwaan pembunuhan beramai-ramai dan menyerahkan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah itu dalam tempoh sebulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majlis liga arab
#ICJ
#Gaza
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan