awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan di Gaza tak mencukupi - Agensi PBB

Bernama
Bernama
19/02/2024
10:40 MYT
Makanan di Gaza tak mencukupi - Agensi PBB
UNRWA berkata terdapat kekurangan makanan di Gaza. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad memberi amaran bahawa peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah boleh menjejaskan penghantaran bantuan ke Gaza sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin.
Menerusi kenyataan di X, UNRWA berkata terdapat kekurangan makanan di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
"Di kem (pelarian) Nuseirat di tengah Gaza, UNRWA dan World Central Kitchen menyediakan makanan panas kepada 1,700 penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan sekitar pusat perlindungan ini," kata agensi itu.
Israel telah mengumumkan hasratnya untuk menyerang Rafah di selatan Gaza yang padat dengan penduduk selepas mengusir orang awam dari utara wilayah terkepung itu ke selatan dengan mendakwa ia sebagai 'kawasan selamat'.
Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mengakibatkan hampir 29,000 penduduk Palestin terbunuh selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barangan keperluan.
Israel dituduh melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv antara lain menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan menjamin bahawa bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#bekalan makanan
#kesukaran hidup rakyat Gaza
#isu Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan