awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa mansuhkan sekatan terhadap wakil Palestin pada UNGA

Bernama
Bernama
30/08/2025
20:15 MYT
Malaysia gesa mansuhkan sekatan terhadap wakil Palestin pada UNGA
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata rakyat Palestin dijamin hak asasi mereka untuk menentukan nasib sendiri di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB, yang turut diperakui melalui banyak resolusi PBB. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia menyuarakan kebimbangan serius terhadap langkah menghalang penyertaan wakil Palestin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-80 di New York.
Malaysia menggesa supaya langkah itu dibatalkan bagi menegakkan diplomasi pelbagai hala dan memastikan penyertaan berkesan semua negara anggota dan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selaras dengan Perjanjian Negara Tuan Rumah, Piagam PBB dan resolusi berkaitan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata rakyat Palestin dijamin hak asasi mereka untuk menentukan nasib sendiri di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam PBB, yang turut diperakui melalui banyak resolusi PBB.
"Hak asasi ini mesti dilindungi, begitu juga hak mereka untuk mendapatkan keadilan melalui mekanisme antarabangsa yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Malaysia mengulangi sokongan teguh dan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk kemerdekaan dan pembentukan sebuah negara berdaulat, di samping menyeru masyarakat antarabangsa menjunjung prinsip keadilan sejagat, kesamaan dan maruah bagi merealisasikan keamanan, kebebasan serta sebuah Negara Palestin yang berdaulat.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), langkah Amerika Syarikat (AS) membatalkan visa Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan pegawai-pegawainya menjelang UNGA telah mengundang kritikan daripada negara anggota.
Palestin mengecam keputusan itu sebagai pelanggaran Perjanjian Ibu Pejabat PBB 1947 yang mewajibkan AS memudahkan kemasukan wakil negara anggota PBB.
Penasihat politik Kementerian Luar Palestin, Ahmed al-Deek, menggesa Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara anggota untuk menangani isu itu, sambil menegaskan langkah berkenaan tidak akan menghentikan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap Palestin mahupun seruan antarabangsa untuk menamatkan genosid, pengusiran dan pengilhakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#gesa mansuhkan sekatan
#wakil Palestin
#UNGA di New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan