awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia minta kurangkan ketegangan isu Laut China Selatan - Najib

Bernama
Bernama
11/05/2014
12:32 MYT
Malaysia minta kurangkan ketegangan isu Laut China Selatan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyelesaian itu perlu dicapai melalui kaedah rundingan dalam suasana kondusif - Foto Bernama
Malaysia menegaskan pentingnya semua pihak yang terlibat dalam isu pertikaian maritim di Laut China Selatan bertindak mengurangkan ketegangan dalam usaha mencari penyelesaian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyelesaian itu perlu dicapai melalui kaedah rundingan dalam suasana kondusif.
Semasa bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Ke-24 Asean di sini, Najib berkata isu ketegangan di perairan itu telah dibincangkan dengan mendalam oleh semua 10 negara anggota Asean pada sidang kemuncak itu yang berakhir hari ini.
"Segala semangat dan prinsip undang-undang antarabangsa adalah asas kepada kita dalam mencari penyelesaian," jelas beliau.
Dalam hal ini, Najib berkata adalah penting bagi semua pihak untuk menterjemahkan Kod Tata Laku (COC) di Laut China Selatan.
Menurutnya Asean juga akan terus menggesa supaya COC dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.
Sementara itu, Najib berkata para pemimpin Asean juga menzahir simpati kepada Malaysia berikutan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, pada sesi pleno sidang kemuncak itu.
"Negara-negara Asean juga berjanji untuk terus membantu kita dalam mencari pesawat yang hilang itu, katanya.
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam
Tujuh belas hari kemudian, pengumuman dibuat bahawa MH370 dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#China
#Laut China Selatan
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan