awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sentiasa teguh menyokong hak Palestin - Pakar

Bernama
Bernama
17/10/2023
15:26 MYT
Malaysia sentiasa teguh menyokong hak Palestin - Pakar
Azmi berkata Perdana Menteri menyedari perlunya untuk melibatkan kedua-dua Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin dalam sebarang perbincangan untuk mencapai penyelesaian damai yang berkekalan. - Gambar screengrab Reuters
KUALA LUMPUR: Meskipun kebanyakan negara-negara di barat tidak menyokong Hamas, Malaysia kekal dengan pendirian yang terbuka terhadap kumpulan itu berasaskan kepentingan melindungi rakyat Palestin dan hak mereka untuk menubuhkan negara sendiri berpandukan sempadan sebelum perang 1967.
Perkara itu disuarakan Pakar Geostrategi Prof Dr Azmi Hassan sambil menyambut baik perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, pada Isnin.
Azmi berkata komunikasi itu tepat pada masanya dan memberikan isyarat penting, memandangkan kemungkinan serangan darat oleh Israel di Gaza dalam masa terdekat.
"Sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin pada masa genting ini menjadi tumpuan. Terutama, apabila Datuk Seri Anwar mengambil pendirian untuk menghubungi Ismail Haniyeh dari Hamas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Azmi berkata Perdana Menteri menyedari perlunya untuk melibatkan kedua-dua Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin dalam sebarang perbincangan untuk mencapai penyelesaian damai yang berkekalan.
"Kedua-dua entiti itu penting, sama ada dalam usaha mencapai penyelesaian satu negara atau dua negara. Kami menganggap isu Palestin ini sangat penting dan simpati kami kepada rakyat Palestin," katanya.
Azmi juga percaya Perdana Menteri akan membincangkan isu Palestin secara lebih mendalam semasa beliau ke Riyadh untuk menghadiri Persidangan ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Jumaat.
Dalam perkembangan berkaitan, Azmi berkata membuka pintu lintasan Rafah akan membolehkan bantuan kemanusiaan penting masuk ke selatan Gaza selatan dan pada masa sama boleh menyebabkan aliran masuk pelarian ke Mesir.
Justeru, beliau berkata Mesir perlu mengawal siapa yang masuk untuk mengelak kemungkinan penularan isu yang mempunyai kaitan dengan konflik itu ke wilayah mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamas
#isu Palestin
#isyarat penting
#menjadi tumpuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan