awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah pemutihan karang di Great Barrier Reef di tahap serius

Agensi
Agensi
20/03/2016
14:18 MYT
Masalah pemutihan karang di Great Barrier Reef di tahap serius
Terumbu karang The Great barrier Reef sedang diancam teruk akibat pemanasan global. - Gambar fail
Pihak berkuasa Australia pada Ahad menzahirkan kebimbangan mereka berkenaan masalah pemutihan karang di The Great Barrier Reef yang kini mencapai tahap serius, dengan amaran peringkat tinggi berikutan pemanasan air laut.
Menteri Alam Sekitar Australia Greg Hunt berkata walaupun perkembangan yang berlaku sekarang tidak seteruk tahun 1998 dan 2002, namun keadaan di utara Tapak Warisan Dunia itu mencetus kebimbangan besar.
“Hamparan terumbu karang itu sepanjang 2,300 kilometer dan tiga perempat di bahagian bawahnya dalam keadaan teguh, namun apabila kita meneroka ke bahagian utara, kawasan itu semakin terjejas dengan pemutihan,” ujar Hunt selepas mengikuti tinjauan udara.
Pihak berkuasa marin di lokasi itu berkata paras amaran tertinggi mengenai masalah pemutihan itu membuatkan mereka menggiatkan penyelidikan.
Hunt berkata, pihak kerajaan akan menanggung kos penyelidikan di 40 lokasi yang antara lain menilai tahap kesihatan terumbu karang serta memutuskan pelan pemulihan yang sesuai.
"Maklumat tersebut penting memandangkan impak pemutihan karang dan kejadian taufan tropika diramal semakin meningkat pada masa akan datang,” ujar Hunt dalam satu kenyataan.
Pemutihan adalah fenomena yang membuatkan karang bertukar putih atau pudar warna, seterusnya akan mati. Jika berterusan, ia mengancam sumber biodiversiti berharga, selain menjejas sektor pelancongan dan perikanan.
Fenomena pemutihan terjadi apabila hubungan simbiosis antara karang dan hidupan yang tinggal di dalamnya terganggu berikutan peningkatan suhu laut, selain faktor-faktor penyumbang lain.
Selain perubahan iklim, terumbu karang sudahpun selama ini diancam pembangunan, penuaian haram dan daripada tapak sulaiman berduri (crown of thorns).
Topic Berkaitan
#coral belaching
#pemanasan laut
#pemutihan
#perubahan iklim
#tapak warisan dunia
#terumbu karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan