awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman fitnah: Mas Ermieyati mohon maaf kepada Asyraf Wajdi, MARA

Firdaus Azil
Firdaus Azil
06/04/2026
07:20 MYT
Saman fitnah: Mas Ermieyati mohon maaf kepada Asyraf Wajdi, MARA
Asyraf berkata, permohonan maaf itu direkodkan menerusi Penghakiman Persetujuan di Mahkamah Tinggi Melaka, yang didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Yang Arif Tuan Isa Aziz Ibrahim. - Foto FB Asyraf Wajdi Dusuki
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, pada Isnin mengemukakan permohonan maaf secara terbuka selepas mengakui mengeluarkan kenyataan tidak benar dan berunsur fitnah terhadap seorang Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf, dalam satu perkongsian di laman media sosialnya berkata, permohonan maaf itu direkodkan menerusi Penghakiman Persetujuan di Mahkamah Tinggi Melaka, yang didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Yang Arif Tuan Isa Aziz Ibrahim.
Berdasarkan penghakiman tersebut, Mas Ermieyati turut bersetuju menarik balik semua kenyataan berkaitan serta memadamkan hantaran video berkenaan di semua platform media sosial miliknya.
Selain itu, beliau juga bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada MARA sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes berkenaan.
“Alhamdulillah, moga ini menjadi pengajaran berguna kepada semua agar bertanggungjawab dan tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menghancurkan reputasi dan institusi,” kata Asyraf lagi.
Media sebelum ini melaporkan, pemfailan kes berkenaan adalah susulan dakwaan bahawa kenyataan dibuat Mas Ermieyati sebelum ini menjejaskan reputasi serta kredibiliti MARA sebagai institusi awam, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Kes berkenaan berpunca daripada kenyataan yang dimuat naik di media sosial sebelum ini, yang didakwa mengandungi tuduhan serta gambaran negatif terhadap Asyraf dan Mara sebagai sebuah institusi awam.
Kenyataan berkenaan kemudiannya mendapat perhatian umum dan mencetuskan pelbagai reaksi di ruang maya.
Susulan penyebaran kenyataan tersebut, plaintif memfailkan tindakan saman fitnah dengan mendakwa kenyataan dibuat telah menjejaskan reputasi, integriti serta kepercayaan orang awam terhadap MARA, khususnya dalam kalangan penerima manfaat institusi itu.
Pihak peguam plaintif juga berhujah bahawa kenyataan berkenaan dibuat tanpa semakan fakta yang mencukupi, selain berpotensi menimbulkan salah faham dan persepsi negatif terhadap peranan serta fungsi MARA dalam pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Topic Berkaitan
#saman fitnah
#Mas Ermieyati Samsudin
#MARA
#Asyraf Wajdi Dusuki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan