awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita kembali bernyawa, sempat hidup semula lima jam

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2024
01:00 MYT
Mayat wanita kembali bernyawa, sempat hidup semula lima jam
Pihak berkuasa percaya kematian awal wanita tersebut tiada unsur jenayah. - Foto Sinar Harian/Agensi
LANCASTER: Sebuah rumah pengebumian di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) gempar selepas seorang wanita yang diisytiharkan sudah meninggal dunia kembali bernyawa.
Timbalan Ketua Daerah Lancaster, Ben Houchin berkata, Constance Glantz, 74, disahkan meninggal dunia di sebuah rumah jagaan pada pagi Isnin dan mayatnya dipindahkan ke kemudahan itu apabila seorang pekerja menyedari wanita tersebut masih bernafas.
"Salah seorang staf kemudiannya menghubungi talian kecemasan dan kru yang tiba di rumah pengebumian tersebut mengesahkan Glantz masih hidup.
"Wanita itu dibawa ke hospital berhampiran, namun menghembuskan nafas terakhir kira-kira lima jam kemudian," ujarnya.
Menurutnya, ia adalah kes yang sangat luar biasa.
"Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini sepanjang 31 tahun saya bertugas," katanya lagi.
Difahamkan, Glantz sedang menerima jagaan hospis ketika pengesahan kematiannya dibuat pada mulanya.
"Buat masa ini, kami tidak menemui sebarang unsur jenayah oleh kakitangan pusat jagaan tersebut. Siasatan masih dilakukan," jelasnya.
Sementara itu, Peguam Daerah Lancaster mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mayat tersebut dan keputusannya dijangka diperoleh dalam tempoh 12 minggu. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#hidup semula
#warga emas
#rumaah jagaan
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan