awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melissa Joan Hart ceritakan detik cemas selamatkan pelajar insiden tembakan di sekolah

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2023
03:10 MYT
Melissa Joan Hart ceritakan detik cemas selamatkan pelajar insiden tembakan di sekolah
Beberapa pelajar bersama ibu bapa mereka berpelukan ketika upacara memperingati mangsa diadakan. - Foto AP
PELAKON Melissa Joan Hart menceritakan detik cemas semasa membantu kanak-kanak prasekolah melarikan diri ketika insiden tembakan di sebuah sekolah di Nashville, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Tiga kanak-kanak berusia 9 tahun serta tiga kakitangan sekolah terbunuh apabila seorang bekas pelajar melepaskan tembakan dalam kejadian di sebuah sekolah swasta itu.
Ibu kepada tiga orang anak berkenaan berkata, anaknya menghadiri sekolah bersebelahan dengan Covenant School, di mana tragedi itu berlaku.
"Kami berpindah ke sini dari Connecticut dan ini kali kedua kami menghadapi insiden tembakan di sekolah.
"Nasib baik kami semua selamat," katanya dalam video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
A post shared by Melissa Joan Hart (@melissajoanhart)
Jelasnya, dia dan suaminya Mark Wilkerson membantu kanak-kanak kecil melarikan diri ketika insiden itu.
"Saya dan suami saya dalam perjalanan ke sekolah anak kami bagi menghadiri mesyuarat. Nasib baik anak-anak kami tidak hadiri sesi persekolahan pada hari itu.
"Kami membantu kanak-kanak kecil ini serta guru mereka melintas lebuh raya dalam usaha melarikan diri dari sekolah," katanya.
Pihak berkuasa Nashville mengesahkan suspek dikenal pasti sebagai Audrey Hale, 28, yang merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan.
Suspek memasuki kawasan sekolah selepas menembak sebuah pintu kaca sebelum menembak mati tiga pelajar serta tiga kakitangan sekolah.
Suspek kemudian ditembak mati di tingkat 2 sekolah berkenaan oleh pihak polis.
Polis mengeluarkan video serangan penembak sekolah Nashville
Topic Berkaitan
#Melissa Joan Hart
#tembakan
#pelajar prasekolah
#melarikan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan