awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri luar ASEAN bertemu di Jakarta awal bulan depan

Bernama
Bernama
30/01/2023
09:58 MYT
Menteri luar ASEAN bertemu di Jakarta awal bulan depan
Retno Marsudi berkata mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN dan Pemukiman AMM akan membincangkan topik berkaitan isu serantau dan antarabangsa termasuk mengenai Myanmar.- Gambar/ FB Setkab RI
JAKARTA: Menteri-menteri luar ASEAN dijadual bertemu di sini pada 3 hingga 4 Februari, menurut Sekretariat ASEAN.
Perhimpunan tahunan yang dikenali sebagai Pemukiman Menteri Luar ASEAN dan mesyuarat berkaitan itu akan berlangsung di ibu pejabat sekretariat.
Pemukiman AMM tahun ini adalah perhimpunan pertama menteri-menteri luar dan ketua delegasi di bawah kepemimpinan Indonesia selaku Pengerusi ASEAN yang bertemakan "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth".
Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN dan Pemukiman AMM akan membincangkan topik berkaitan isu serantau dan antarabangsa termasuk mengenai Myanmar.
Indonesia juga menjemput wakil 'bukan politik' dari Myanmar untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut, menurut kenyataan itu.
ASEAN melarang pemimpin Myanmar menyertai mesyuarat peringkat tertinggi untuk menekan negara itu supaya mematuhi pelan damai yang dikenali sebagai Konsensus Lima Perkara bagi membantu menyelesaikan konflik dalaman yang berterusan di negara berkenaan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Jakarta
#perhimpunan
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan