awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Iran, Mesir gesa negara Islam ambil tindakan berkesan hentikan genosid di Gaza

Bernama
Bernama
08/08/2025
13:13 MYT
Menteri Luar Iran, Mesir gesa negara Islam ambil tindakan berkesan hentikan genosid di Gaza
Gesaan itu dibuat Araghchi (kiri) dan Abdelatty dalam panggilan telefon pada Khamis malam ketika mereka bertukar pandangan mengenai krisis kemanusiaan serius di wilayah Palestin. - X @araghchi, REUTERS/Stelios Misinas
TEHRAN: Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi dan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty, pada Khamis menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan berkesan bagi menghentikan genosid serta memastikan penghantaran segera bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, lapor Xinhua.
Gesaan itu dibuat dalam panggilan telefon pada Khamis malam ketika mereka bertukar pandangan mengenai krisis kemanusiaan serius di wilayah Palestin itu serta rancangan agresif Israel untuk memperhebat serangan dan menguasai sepenuhnya Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Iran pada Jumaat.
Hampir dua tahun sejak konflik Palestin-Israel tercetus, Gaza kini berdepan kebuluran dan kepungan. Sekurang-kurangnya 61,258 orang maut dan 152,045 lagi cedera sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza. Namun, rundingan gencatan senjata terhenti, dengan Israel meluluskan rancangan untuk mengambil alih Bandaraya Gaza.
Dalam panggilan telefon itu, yang merupakan kali kedua minggu ini, kedua-dua menteri turut meneliti situasi di Lubnan, menekankan keperluan mengekalkan suasana saling percaya dan kerukunan dalaman antara parti-parti politik di negara Arab itu serta mengelakkan tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan dalaman.
Mereka menyifatkan pengunduran sepenuhnya Israel dari wilayah selatan Lubnan yang diduduki serta penghentian serangan Israel sebagai langkah yang perlu, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#negara Islam
#genosid
#abbas araghchi
#Badr Abdelatty
#Iran
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami