awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Perancis guna istilah 'aparteid' rujuk Israel

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2021
00:47 MYT
Menteri Luar Perancis guna istilah 'aparteid' rujuk Israel
Tentera Israel melepaskan tembakan menggunakan kereta perisai ke arah Gaza pada 19 Mei 2021. - Foto REUTERS
PARIS: Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian menjadi pemimpin pertama di negara itu yang menggunakan istilah ‘aparteid’ untuk merujuk kepada Israel yang secara terang-terangan turut mengutuk sebarang dasar diskriminasi perkauman dilancarkan rejim Tel Aviv.
Definisi itu digunakan ketika beliau menzahirkan kebimbangan terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan wilayah yang diduduki mereka.
Le Drian turut memberi amaran risiko ‘aparteid secara berterusan’ jika konflik Israel-Palestin itu tidak diselesaikan.
“Situasi itu akan berlaku jika konflik tersebut gagal diatasi dengan penyelesaian dua negara dan jika Israel tetap berkeras untuk mengekalkan status quo,” tegasnya menerusi wawancara bersama RTL Radio dan akhbar Le Figaro pada Ahad.
Pada bulan lalu, kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) menyimpulkan Israel melakukan jenayah kemanusiaan dalam bentuk ‘aparteid dan penganiayaan’ terhadap penduduk Palestin.
Susulan itu, HRW merancang untuk mengemukakan laporan tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah melancarkan siasatan atas tuduhan sama ke atas rejim Tel Aviv.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.: Menteri Luar Perancis guna istilah 'aparteid' rujuk Israel
Topic Berkaitan
#Israel
#arpateid
#Perancis
#diskriminasi
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan