awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Merz tegaskan komitmen Jerman untuk Eropah yang lebih kuat dan selamat

Bernama
Bernama
30/05/2025
00:30 MYT
Merz tegaskan komitmen Jerman untuk Eropah yang lebih kuat dan selamat
Merz (kanan) berucap pada majlis penganugerahan Anugerah Charlemagne kepada von der Leyen (duduk, tengah) di Aachen, Jerman, 29 Mei 2025. REUTERS
AACHEN (Jerman): Canselor Jerman Friedrich Merz, menegaskan sokongan terhadap usaha memperkukuh Eropah dan pertahanannya, semasa beliau memberi penghormatan kepada Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, dalam majlis penganugerahan Anugerah Charlemagne pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Anugerah Charlemagne secara meluas dianggap sebagai penghormatan paling berprestij bagi sumbangan terhadap perpaduan Eropah.
Von der Leyen, penerima anugerah tahun ini, dipuji oleh jawatankuasa anugerah kerana "menyatukan Eropah, menjadikannya lebih berdaya tahan dan mampu bertindak."
Dalam ucapannya, Merz menekankan keperluan Eropah untuk turut membawa mesej keamanan ke peringkat global.
"Ini termasuk tugas bersejarah kita untuk menjadikan Eropah cukup kuat agar dapat mengembalikan keamanan di benua ini dan menjamin kebebasan dalam jangka panjang," katanya.
"Jerman bersedia memimpin usaha ini dengan penuh tekad bersama rakan dan jiran Eropah kita."
Merz turut memuji kepimpinan von der Leyen, tokoh politik berprofil tinggi di Kesatuan Eropah (EU): "Anda memberikan Eropah suara di pentas dunia - suara Eropah." Beliau berkata von der Leyen layak menerima Anugerah Charlemagne "atas segala usaha yang dicurahkan."
Beliau turut menyeru kerjasama lebih mendalam dalam kalangan industri pertahanan Eropah dan berkata: "Kami rakyat Jerman bersedia membuat keputusan penting semasa sidang kemuncak NATO Jun nanti."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Friedrich Merz
#Anugerah Charlemagne
#Ursula von der Leyen
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami