awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Polis UK tahan tujuh penunjuk perasaan berhampiran pangkalan RAF digunakan AS
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir desak Israel berundur dari Koridor Philadelphi, Persimpangan Rafah

Bernama
Bernama
04/08/2024
04:50 MYT
Mesir desak Israel berundur dari Koridor Philadelphi, Persimpangan Rafah
Tentera Israel menguasai Palestin di persimpangan Rafah pada Mei, yang mengakibatkan kemasukan trak bantuan kemanusiaan dari Mesir ke Gaza terhenti. - Gambar fail/ Reuters
KAHERAH: Mesir pada Sabtu mendesak Israel berundur dari Koridor Philadelphi dan bahagian sempadan Palestin di persimpangan Rafah, serta menghentikan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza, lapor Xinhua memetik kenyataan sumber.
Tuntutan Mesir dikemukakan pada Sabtu dalam satu pertemuan dengan delegasi keselamatan Israel yang melawat Kaherah untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Mesir mengenai perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas.
Terdahulu pada hari itu, delegasi Israel termasuk ketua Agensi Keselamatan Israel dan perkhidmatan perisikan Israel Mossad, tiba di Kaherah untuk rundingan mengenai kemungkinan perjanjian gencatan senjata yang merangkumi pertukaran tawanan Israel dan Palestin, menurut sumber itu.
Tentera Israel menguasai Palestin di persimpangan Rafah pada Mei, yang mengakibatkan kemasukan trak bantuan kemanusiaan dari Mesir ke Gaza terhenti.
Mesir, bersama Qatar dan Amerika Syarikat mengetuai usaha pengantaraan untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tawanan antara Israel dan Hamas, dengan tujuan mencapai gencatan senjata berkekalan di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#Gaza
#lintasan Rafah
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan