awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin

Bernama
Bernama
18/08/2025
01:10 MYT
Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin
Mesir menegaskan pendirian tegasnya menolak sebarang usaha penempatan semula rakyat Palestin dan menggesa negara-negara lain agar tidak terlibat dalam jenayah keji itu. - Gambar fail Reuters
KAHERAH: Mesir menegaskan pendirian tegasnya menolak sebarang usaha penempatan semula rakyat Palestin dan menggesa negara-negara lain agar tidak terlibat dalam jenayah keji itu.
Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan berkata, pihaknya "amat prihatin" terhadap laporan mengenai rundingan Israel dengan beberapa negara bagi menerima penempatan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza ke wilayah mereka, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
"Langkah ini adalah sebahagian daripada dasar Israel yang tidak boleh diterima, bertujuan mengosongkan tanah Palestin daripada penduduk asalnya, mendudukinya, serta menghapuskan perjuangan Palestin," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu menjelaskan, melalui hubungan diplomatik dengan negara-negara yang dilaporkan bersetuju menerima rakyat Palestin, Mesir telah menyatakan penolakan terhadap rancangan yang dianggap tercela itu.
Mesir sekali lagi menegaskan penolakannya terhadap sebarang rancangan Israel untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sama ada di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat dengan apa jua alasan, helah atau label sama ada penempatan itu dilakukan secara paksa atau atas nama "sukarela" melalui dasar kelaparan, rampasan tanah, penempatan haram dan menjadikan kehidupan mustahil di bumi Palestin.
Mesir juga menegaskan, bahawa ia tidak akan menerima atau terlibat dalam penempatan semula kerana ia merupakan ketidakadilan sejarah yang tidak mempunyai sebarang alasan moral mahupun undang-undang.
Malah, ia akan membawa kepada penghapusan perjuangan Palestin.
Mesir turut menyeru semua negara yang cintakan keamanan agar tidak terlibat dalam jenayah itu yang jelas bercanggah dengan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa, merupakan jenayah perang serta pembersihan etnik, selain melanggar empat Konvensyen Geneva.
Kaherah turut memberi amaran bahawa tanggungjawab sejarah dan undang-undang akan dipikul oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah keji itu, selain implikasi politik dan kesannya di peringkat serantau dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Mesir
#penempatan semula
#rakyat Palestin
#Israel kuasai Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan