awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat kumpulan pakar OIC nilai peranan pemerhati Islamaphobia

Bernama
Bernama
05/04/2017
07:40 MYT
Mesyuarat kumpulan pakar OIC nilai peranan pemerhati Islamaphobia
Mandat agensi pemerhati itu dipersetujui 57 negara anggota pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC ketiga di Mekah pada 2005 dan mula beroperasi semasa sesi ke-34 mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar (CFM) di Islamabad pada Mei 2007. Gambar fail
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan bengkel dan Mesyuarat Kumpulan Pakar pada 4 hinga 5 April di Istanbul, Turki sempena ulang tahun ke-10 penubuhan Pemerhati Islamofobia OIC.
OIC dalam satu kenyataan di laman webnya berkata, mesyuarat diadakan untuk mengkaji dan menilai segala permerhatian selepas 10 tahun penubuhannya.
Cadangan lanjut akan dikemukakan mengenai peranan agensi pemerhatian itu dan jenis tindakan yang bakal diambil memandangkan peningkatan Islamofobia sejak kebelakangan ini.
Bertemakan "The Role of OIC Islamophobia Observatory in Bolstering the Muslim World's Efforts to Address the Issue of Islamophobia around the World" ia dianjurkan bersama Pusat Kajian Sejarah Islam, Kesenian, Kebudayaan (IRCICA), dan Sekretariat Umum OIC.
Mandat agensi pemerhati itu dipersetujui 57 negara anggota pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC ketiga di Mekah pada 2005 dan mula beroperasi semasa sesi ke-34 mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar (CFM) di Islamabad pada Mei 2007.
Ia ditugaskan memantau Islamofobia, mengambil langkah perlu dan memulakan dialog bagi menonjolkan nilai Islam sebenar serta memperkasakan negara Islam bagi berdepan cabaran fenomena itu.
Menurut kenyataan itu, menangani isu Islamofobia antara keutamaan OIC dan Sekretariat Umum, institusi dan pejabat OIC digalakkan bekerja lebih keras ke arah memastikan kesejahteraan minoriti Muslim. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istanbul
#oic
#Pemerhati Islamofobia OIC
#pertubuhan kerjasama islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan