awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta akui Facebook, Instagram alami masalah teknikal

Sinar Harian
Sinar Harian
06/03/2024
03:55 MYT
Meta akui Facebook, Instagram alami masalah teknikal
Menurut laman sesawang penjejakan gangguan Downdetector.com, lebih 550,000 laporan diterima berkaitan gangguan Facebook dan kira-kira 92,000 untuk Instagram.
FACEBOOK dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.
Gangguan bermula sejak jam 10 pagi (waktu tempatan) apabila ramai pengguna memaklumkan mengenai perkara itu bahawa aplikasi mereka log keluar secara tiba-tiba dan tidak boleh diakses kembali.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih di Amerika Syarikat (AS) sedang memantau kejadian itu dan tidak mengetahui sebarang aktiviti siber berniat jahat khusus atau perbuatan penggodam pada masa ini.
BACA: Facebook alami gangguan, Instagram juga tidak respons
Menurut laman sesawang penjejakan gangguan Downdetector.com, lebih 550,000 laporan diterima berkaitan gangguan Facebook dan kira-kira 92,000 untuk Instagram.
"Untuk semua yang terkesan, kami (sudah) menyelesaikan isu ini," kata jurucakap Meta, Andy Stone dalam catatan di X tanpa menjelaskan lebih berhubung isu tersebut.
Meta mempunyai kira-kira 3.19 bilion pengguna aktif harian di seluruh rangkaian aplikasinya termasuk WhatsApp dan Threads. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Facebook Down
#Instagram
#masalah teknikal
#kabel dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan