awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi cari pelombong haram terperangkap dipergiat

Bernama
Bernama
02/12/2023
05:25 MYT
Misi cari pelombong haram terperangkap dipergiat
Pelombong yang terselamat berkata tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang menjalankan aktiviti menggali untuk mencari tembaga. - Gambar hiasan
LUSAKA (Zambia): Pihak berkuasa Zambia mempergiat misi mencari pelombong haram yang terperangkap dalam kejadian lombong runtuh, kata Menteri Perlombongan dan Pembangunan Mineral Paul Kabuswe pada Jumaat.
Kabuswe yang melawat lokasi kejadian memberitahu wartawan bahawa sehingga kini belum ada mangsa yang ditemukan dan jumlah sebenar pelombong yang terperangkap masih tidak dapat dipastikan.
Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Keselamatan Dalaman Jack Mwiimbu berkata pada sidang Parlimen bahawa lebih daripada 30 pelombong disyaki terperangkap.
Insiden itu berlaku pada Khamis selepas hujan lebat melanda, menurut Zambia National Broadcasting Corporation.
Beberapa pelombong yang selamat berkata tanah runtuh berlaku tiga kawasan di lombong itu ketika pelombong sedang menjalankan aktiviti menggali untuk mencari tembaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zambia
#pelombong haram
#runtuhan lombong
#pelombong terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan