awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri air terjun warna hitam belum terungkai

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2018
10:43 MYT
Misteri air terjun warna hitam belum terungkai
Pengunjung yang berada di kawasan itu terkejut apabila mengetahui fenomena itu hingga tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp. - Foto Sinar Harian
Pengunjung gempar melihat air terjun Sedudo di Desa Ngliman, Nganjuk, Jawa Timur bertukar berwarna hitam pekat, tidak seperti biasa.
Memetik Kompas.com, air misteri itu mengalir deras pada ketinggian lebih 105 meter.
Pengunjung yang berada di kawasan itu terkejut apabila mengetahui fenomena itu hingga tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp.
Ada netizen mengatakan warna air itu kehitaman kerana hujan lebat dan ada dikatakan campuran pasir hingga berubah warna.
Malah ada yang mengatakan kejadian ini sebagai petanda buruk.
Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Nasional Bencana, Sutopo Purwo Nugroho bagaimanapun menjawab persoalan itu.
Katanya, fenomena itu berlaku kesan daripada kebakaran hutan sebelum ini.
"Debuan hitam dari kebakaran hutan telah dibawa oleh aliran air hingga bersatu menjadi kehitaman. Tambahan pula ketika ini musim hujan.
"Air terjun akan kembali normal setelah sisa-sisa kebakaran itu telah tiada," katanya.
Topic Berkaitan
#air terjun sedudo
#desa ngliman
#hitam
#kebakaran hutan
#Sutopo Purwo Nugroho
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan