awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modi dijangka kekal perdana menteri India

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2024
00:15 MYT
Modi dijangka kekal perdana menteri India
Modi berucap ketika mengadakan kempen pilihan raya di Srinagar, India. - Foto REUTERS
NEW DELHI: India akan memilih parlimen baharu dalam tujuh fasa antara 19 April sehingga awal Jun akan datang.
Pihak berkuasa pilihan raya negara itu berkata, ia merupakan pilihan raya terbesar di dunia dengan hampir 1 bilion rakyat layak mengundi.
Pilihan raya itu menampilkan kembali orang kuat dua penggal Perdana Menteri, Narendra Modi.
Tinjauan pilihan raya terbaharu mencadangkan kemenangan selesa bagi Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi.
Kemenangan ini akan menjadikan Modi, 73, perdana menteri kedua selepas Jawaharlal Mehru, wira kemerdekaan India dan perdana menteri pertamanya, memenangi penggal ketiga berturut-turut.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya India, Rajiv Kumar memberitahu, rakyat India akan mengulangi ikrar kepada demokrasi pilihan raya.
Menurut Kumar, fasa yang terakhir daripada tujuh fasa pengundian akan diadakan pada 1 Jun dan undian akan dikira pada 4 Jun akan datang.
Dalam pada itu, Modi pula berkata, perayaan demokrasi terbesar dimulakan dan partinya akan berkempen mengikut rekod prestasi tadbir urus dan perkhidmatan awam yang baik.
Topic Berkaitan
#Narendra Modi
#pilihan raya
#Perdana Menteri
#parlimen baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan