awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Modi kemukakan tuntutan secara rasmi tubuhkan kerajaan baharu di India

Bernama
Bernama
07/06/2024
15:37 MYT
Modi kemukakan tuntutan secara rasmi tubuhkan kerajaan baharu di India
Modi berkata beliau telah memaklumkan kepada Presiden Droupadi Murmu bahawa upacara angkat sumpah akan diadakan pada Ahad. - Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi, pada Jumaat secara rasmi mengemukakan tuntutan untuk membentuk kerajaan selepas ahli parlimen partinya dan rakan sekutu memilih beliau sebagai ketua mereka.
Bercakap kepada media di luar rumah presiden, Modi berkata beliau telah memaklumkan kepada Presiden Droupadi Murmu bahawa upacara angkat sumpah akan diadakan pada Ahad.
Beberapa menteri juga akan mengangkat sumpah jawatan bersama Modi pada hari yang sama pada waktu petang.
Pemimpin-pemimpin Perikatan Demokratik Nasional (NDA) yang dipimpin oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) sebelum ini memaklumkan kepada presiden mengenai majoriti parlimen mereka.
BJP kekurangan majoriti sendiri tetapi bersama sekutunya, mereka mempunyai jumlah yang diperlukan dalam dewan rendah yang mempunyai 543 ahli parlimen yang dipilih.
Modi bakal menjadi pemimpin India pertama sejak tahun 1962 yang menjadi perdana menteri untuk tiga penggal berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NDA
#pemimpin India
#BJP
#majoriti parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan