awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mogok kereta api berulang di Jerman

Bernama
Bernama
07/03/2024
08:58 MYT
Mogok kereta api berulang  di Jerman
Deutsche Bahn, syarikat kereta api negara milik kerajaan, memberi amaran bahawa mogok itu akan memberi "kesan besar" ke atas operasinya. - Gambar/ Reuters
BERLIN: Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.
Deutsche Bahn, syarikat kereta api negara milik kerajaan, memberi amaran bahawa mogok itu akan memberi "kesan besar" ke atas operasinya dengan hanya satu perlima daripada kereta api jarak jauh beroperasi pada Khamis dan Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Perkhidmatan wilayah akan terjejas teruk, bergantung kepada lokasinya.
Mogok pengangkutan barang bermula pada petang Rabu.
Ia merupakan mogok kelima dalam tuntutan gaji selama berbulan-bulan antara Kesatuan Pemandu Kereta Api Jerman (GDL) dan Deutsche Bahn. Kesatuan itu memutuskan rundingan pusingan baru Khamis lalu selepas empat minggu pertemuan tertutup dengan pengantara luar.
Tuntutan utama GDL yang dibincangkan termasuk pengurangan waktu kerja mingguan daripada 38 kepada 35 jam, dengan pampasan gaji penuh.
Jerman telah berbulan-bulan dilanda tindakan industri dalam sektor pengangkutan, menjejaskan perkhidmatan bas tempatan, trem dan metro selain kereta api berkelajuan tinggi dan lapangan terbang terbesar di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#mogok
#kereta api
#rundingan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan