awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar

Bernama
Bernama
22/11/2024
22:45 MYT
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy menegaskan, tindakan pentadbiran Joe Biden memberi kebenaran kepada Ukraine untuk menyerang wilayah Rusia akan meninggalkan "legasi paling buruk" kepada Presiden Amerika Syarikat yang akan datang, Donald Trump. - Gambar fail AP
MOSCOW: Pelancaran peluru berpandu hipersonik baharu Oreshnik oleh Moscow sebagai tindak balas kepada kelulusan Barat terhadap serangan jauh ke dalam wilayah Rusia menggusarkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menurut Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov pada Jumaat, lapor Anadolu Agency (AA).
Bercakap pada sidang media di Brest, Belarus, Lavrov berkata, Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia," menyifatkan reaksi tersebut sebagai ''satu implikasi yang berpotensi memberi kesan. "
Lavrov menegaskan, tanpa penglibatan langsung barat, tiada satu pun peluru berpandu akan dilancarkan.
Beliau turut mendakwa, tindakan pentadbiran Joe Biden memberi kebenaran kepada Ukraine untuk menyerang wilayah Rusia akan meninggalkan "legasi paling buruk" kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, Donald Trump.
Pada Khamis, Presiden Vladimir Putin berkata, sebagai tindak balas terhadap AS dan sekutunya dalam NATO yang membenarkan Ukraine menggunakan senjata jarak jauh berketepatan tinggi bagi menyerang Rusia, Moscow pula menyasarkan sebuah kilang peluru berpandu di Bandar Dnipro, Ukraine dengan tembakan peluru berpandu balistik hipersonik bukan nuklear Oreshnik.
Ukraine dilaporkan menyerang wilayah Bryansk di Rusia dengan enam peluru berpandu taktikal balistik buatan AS, ATACMS, pada Selasa. Keesokan harinya, ia menggunakan sistem Storm Shadow Britain dan HIMARS AS untuk menyerang wilayah Kursk.
Lavrov turut mendedahkan yang dua dokumen utama akan dikaji oleh Majlis Tertinggi Negara Kesatuan Rusia-Belarus - konsep keselamatan dan draf perjanjian jaminan keselamatan dua hala dengan Belarus.
"Yang pertama ialah konsep keselamatan Negara Kesatuan dan yang kedua ialah draf perjanjian antara negara tentang jaminan keselamatan. Kandungan doktrin nuklear terkini diselaraskan sepenuhnya dengan kedua-dua dokumen Rusia-Belarus ini," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Moscow
#peluru berpandu
#hipersonik Oreshnik
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan