awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mulai 7 Julai, pelancong asing tiba di Perancis dikenakan bayaran untuk ujian saringan COVID-19

Agensi
Agensi
01/07/2021
05:39 MYT
Mulai 7 Julai, pelancong asing tiba di Perancis dikenakan bayaran untuk ujian saringan COVID-19
Pelancong asing yang tiba dari negara-negara 'senarai merah' perlu menunjukkan bukti keputusan PCR atau antigen negatif yang diambil kurang daripada 48 jam sebelum berangkat ke Perancis. - Gambar fail
PARIS: Pelancong asing yang mengunjungi Perancis perlu membayar kos untuk ujian saringan COVID-19 bermula 7 Julai, kata jurucakap kerajaan Gabriel Attal.
"Kami memutuskan untuk mengenakan bayaran kepada pelancong asing sebanyak 49 Euro (AS$58) bagi ujian PCR dan 29 Euro (AS$34) ujian antigen," kata Attal dalam wawancara dengan Les Echos, lapor media tempatan.
Menurutnya, ini adalah langkah timbal balik memandangkan pelancong Perancis juga perlu membayar kos ujian saringan COVID-19 jika berkunjung ke kebanyakan negara lain.
Pelancong asing yang tiba dari negara-negara 'senarai merah' perlu menunjukkan bukti keputusan PCR atau antigen negatif yang diambil kurang daripada 48 jam sebelum berangkat ke Perancis, dan seterusnya akan diuji sekali lagi sejurus tiba.
Negara senarai merah itu termasuk Afghanistan, Argentina, Bahrain, Bangladesh, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, India, Maldives, Nepal, Pakistan, Paraguay, Afrika Selatan, Sri Lanka, Suriname dan Uruguay.
Pada 25 Jun, Namibia, Rusia dan Seychelles telah ditambah dalam senarai itu.
Pelancong yang telahpun divaksinasi dari negara-negara itu kemudiannya perlu kuarantin kendiri selama tujuh hari, manakala pelancong yang belum menerima vaksin perlu menjalani kuarantin mandatori 10 hari.
Buat masa sekarang di Perancis, semua ujian sama ada PCR dan antigen adalah percuma.
Topic Berkaitan
#Perancis
#COVID-19
#Pelancong asing
#ujian saringan
#ketibaan
#kesihatan
#jangkitan
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan