awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid curi alat pengesan gempa bumi, jual murah di Facebook

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2019
11:22 MYT
Murid curi alat pengesan gempa bumi, jual murah di Facebook
Seorang murid dan rakan subahatnya ditahan atas tuduhan mencuri alat pengesan gempa bumi milik BMKG Indonesia. -Gambar hiasan insiden gempa dan tsunami Palu
Seorang murid sekolah ditahan atas tuduhan mencuri alat pengesan gempa bumi milik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.
Dalam kejadian yang dilapor berlaku di Palu, Sulawesi tengah itu, remaja berusia 14 tahun yang dikenali sebagai AP didakwa menjual alat berkenaan di Facebook pada harga hanya Rp480,000 (kira-kira RM140).
Turut ditahan, rakan subahatnya yang hanya dikenali sebagai Sofyan, 43.
“Dua lagi suspek masih bebas, mereka juga pelajar,” kata Ketua Polis, Sigi Wawan Sumantri pada Isnin yang memaklumkan bahawa alat pengesan gempa itu bernilai Rp700 juta (kira-kira RM206,000).
Polis berjaya menjejaki kegiatan sindiket itu selepas ternampak posting di grup Facebook di mana suspek dilaporkan menjual alat bertkenaan pada harga yang amat murah.
Kedua-dua suspek mendakwa tidak mengetahui kegunaan alat itu untuk mengesan gempa bumi.
Alat pengesan itu merupakan satu daripada empat yang dipasang di kawasan itu bertujuan menyalurkan maklumat tentang aktiviti gempa di Pulau Koro.
Ketua BMKG, Palu Cahyo Nugroho dilapor berkata jika satu daripada alat pengesan itu hilang, maklumat yang diperoleh mungkin tidak tepat, atau lebih dahsyat lagi tidak berfungsi.
Topic Berkaitan
#Agensi Meteorologi Klimatologi dan Geofizik
#alat pengesan gempa bumi
#BMKG
#jual di Facebook
#Palu
#Sigi Wawan Sumantri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan