awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Louvre dibuka semula, terima 7,000 pengunjung

Agensi
Agensi
06/07/2020
13:05 MYT
Muzium Louvre dibuka semula, terima 7,000 pengunjung
Pihak muzium menjangkakan 7,000 pengunjung akan melawat muzium tersebut pada minggu pertama pembukaan. -Reuters
Muzium terkemuka dunia, The Louvre di Paris mula menerima semula pengunjung pada Isnin selepas lebih empat bulan ditutup susulan penularan COVID-19.
Ini sekali gus bermakna peminat seni berkesempatan sekali lagi untuk menatap hasil karya pelukis tersohor, Leonardo Da Vinci.
Bagaimanapun, bagi mereka yang akan berpeluang untuk mengamati lukisan Mona Lisa, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan membeli tiket lebih awal.
Menurut Presiden yang juga Pengarah muzim tersebut, Jean-Luc Martinez, pihaknya sudah melakukan persiapan rapi sebelum menerima semula kunjungan orang ramai bermula Isnin.
"Kami sudah melakukan pelbagai persiapan sebelum pembukaan semula muzium, dengan pendekatan oleh semua pekerja, kami sudah mencuba pelbagai langkah keselamatan yang berkesan.
"Muzim ini adalah sebuah muzium yang sangat besar, jadi orang ramai boleh mengunjungi muzium ini dengan rasa selamat.
"Mungkin ketika ini orang ramai berpendapat tidak sesuai untuk mengunjungi tempat tertutup, tetapi muzium Louvre bukanlah tempat tertutup," katanya.
Muzium terkemuka dunia, The Louvre di Paris mula menerima semula pengunjung pada Isnin selepas lebih empat bulan ditutup susulan penularan COVID-19.
Muzium terkemuka dunia, The Louvre di Paris mula menerima semula pengunjung pada Isnin selepas lebih empat bulan ditutup susulan penularan COVID-19.
BACA: Muzium Louvre ditutup susulan ancaman COVID-19
Sebelum ini, pihak muzium menanggung kerugian lebih 40 juta Euro (RM192 juta) sejak muzium itu ditutup bermula 13 Mac lalu.
Pihak muzium menjangkakan 7,000 pengunjung akan melawat muzium tersebut pada minggu pertama pembukaan.
Topic Berkaitan
#Leonardo Da VincI
#Mona Lisa
#pelitup muka
#The Louvre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan