awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Lion Air: Anak mangsa nahas kongsi detik terakhir bersama bapa

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2018
06:29 MYT
Nahas pesawat Lion Air: Anak mangsa nahas kongsi detik terakhir bersama bapa
Wahjoe Noegrohantoro bersama keluarga, dan barang-barang miliknya yang ditemukan di perairan Karawang. - Foto Sinar Harian
WARGA dunia dikejutkan dengan berita terhempasnya pesawat Lion Air JT-610 yang dinaiki 189 penumpang dan anak kapal yang berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada jam 6.20 pagi (waktu tempatan) dan terputus hubungan 13 minit kemudian.
Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada jam 7.20 pagi.
Sehingga kini, tiada lagi mangsa selamat yang ditemui. Hanya yang ditemui mayat, cebisan mayat dan juga barang-barang penumpang termasuk sebuah beg dan juga sarung telefon pintar milik salah seorang penumpang buat netizen terharu.
Malah menerusi carian di internet, beg dan sarung telefon tersebut dipercayai pemilik Instagram (IG) ineyunitasi yang juga ada memuat naik status gambar dengan berlatarbelakang sama pada 27 Ogos 2017. "Setiap langkah selalu ada doa yang menyertai, dan berharap setiap langkah menjadikan kesuksesan dan setiap doa menjadikan berkah (berkat)," tulisnya di entri gambar tersebut. BACA: Lapor Langsung: Nahas pesawat Lion Air
Sementara itu menerusi laporan Tribun News, penumpang tersebut adalah Wahjoe Noegrohantoro. Lion Air
Setiap langkah selalu ada doa yang menyertai, dan berharap setiap langkah menjadikan kesuksesan dan setiap doa menjadikan berkah (berkat),
Salah seorang anaknya, Samantha atau menggunakan IG Samanthadww, turut meluahkan rasa sebak apabila melihat sarung telefon pintar serta beg tangan hitam milik ayahnya ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat Indonesia. Malah dia juga berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga semasa bercuti bersama, baru-baru ini. Sinar Harian
Pesawat Lion Air terhempas. - Foto Sinar Harian
BACA: Nahas pesawat Lion Air: 189 penumpang dipercayai terkorban
"ALLAH sayang kita semua," tulisnya. 

Menurut Samantha, foto itu keluarga itu diambil 12 hari sebelum kemalangan pesawat iaitu pada 16 Oktober 2018. Kali terakhir dia berkomunikasi dengan ayahnya adalah pada pagi hari kejadian sebelum pesawat berlepas.

Di dalam beg hitam itu, ada telefon yang dalam keadaan rosak akibat terbakar bersama barang yang lain. BACA: Video didakwa detik akhir sebelum Lion Air JT610 terhempas rupanya palsu Difahamkan, foto yang terselit di belakang sarung telefon itu merupakan foto bersama isterinya.

Menurut Samantha lagi, sehingga kini dia tidak mendapat maklumat terkini mengenai keadaan ayahnya.

 Rata-rata netizen turut berkongsi rasa hiba dan turut memberikan kata-kata semangat kepada gadis ini.

"Kamu kuat, Doa anak solehah menyelamatkan bapa dan ibu diakhirat kelak," tulis arinrhdyah. "ALLAH sayang kita.Ikhlaskan semuanya, semoga diberikan tempat terbaik untuk beliau," tulis dimsbp_ "Sayang tabah ya, ikhlas, semoga ALLAH memberikan yang terbaik," tulis nadiarohali_ "Turut berduka cita ya, sayang tabah, semoga kalian ikhlas," tulis lukman.cy. "Sabar ya sayang , ALLAH punya rencana lain di balik ini semua, aku tahu rasanya kehilangan," tulis lubna_fhathiyahS.
Topic Berkaitan
#Belitung
#Lapangan Terbang Soekarno-Hatta
#Lion Air JT-610
#mangsa
#mayat
#Nahas
#Pangkal Pinang
#pesawat
#terhempas
#Tribun News
#Wahjoe Noegrohantoro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan