awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Sriwijaya Air: Gara-gara laut bergelora, operasi pencarian CVR pesawat dihenti

Agensi
Agensi
13/01/2021
10:16 MYT
Nahas Sriwijaya Air: Gara-gara laut bergelora, operasi pencarian CVR pesawat dihenti
Pencarian kedua-dua CVR itu adalah mustahak bagi mengetahui punca pesawat jenis Boeing 737 berusia lebih 20 tahun itu terhempas. - Reuters
JAKARTA:Operasi mencari perakam suara kokpit (CVR) pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas di Kepulauan Seribu, Sabtu lalu terpaksa dihentikan buat sementara pada Rabu gara-gara cuaca buruk.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, misi pencarian CVR yang dijalankan oleh pasukan penyelam di Laut Jawa dihentikan susulan cuaca buruk yang menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter, lapor Reuters.
Setakat ini, pasukan penyelam telah berjaya menemui kotak hitam pertama pesawat berkenaan, selain perakam data penerbangan (FDR), lampu isyarat yang bersambung dengan CVR, serta kad pengenalan seorang mangsa nahas, menurut pegawai tentera laut, Abdul Rasyid.
Pencarian kedua-dua CVR itu adalah mustahak bagi mengetahui punca pesawat jenis Boeing 737 berusia lebih 20 tahun itu terhempas.
Pesawat Sriwijaya Air yang membawa 62 penumpang dan kru terhempas empat minit selepas berlepas dan dilaporkan terputus hubungan, menyebabkan kesemua mangsa terkorban.
Topic Berkaitan
#Sriwijaya Air
#Indonesia
#Laut Jawa
#kotak hitam
#perakam suara kokpit
#Kepulauan Seribu
#bahas pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan