Jururawat maut terkena renjatan elektrik pemanas air

Habibi maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air. - Foto Sinar Harian
Seorang jururawat maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air di sini pada Isnin.
Mangsa, Habibi Hussin, 46, yang mempunyai dua orang anak merupakan jururawat yang bertugas di Hospital Tanah Merah.
Kejadian dikatakan berlaku di rumah mangsa di Machang.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Mohd Azman Yacob, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
"Mangsa meninggal dunia kira-kira jam 3.50 petang di Hospital Machang," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

