awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib-Putin adakan perbincangan dua hala di Sochi

Bernama
Bernama
19/05/2016
14:35 MYT
Najib-Putin adakan perbincangan dua hala di Sochi
Pertemuan antara pemimpin Malaysia dan Rusia itu diadakan di Radisson Blu Resort dan Congress Centre di sini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan bermulanya Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di sini, Khamis.
Pertemuan antara pemimpin Malaysia dan Rusia itu diadakan di Radisson Blu Resort dan Congress Centre di sini.
Najib, yang tiba di bandar raya peranginan Sochi di Laut Hitam Rusia, Rabu, bersama-sama pemimpin ASEAN lain untuk menyertai sidang kemuncak bagi memperingati ulang tahun ke-20 hubungan dialog ASEAN-Rusia.
Sidang kemuncak itu menjadi wadah bagi pemimpin-pemimpin anggota negara ASEAN dan Rusia untuk melakarkan hala tuju masa depan rakan perkongsian itu.
Kumpulan ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Putin, selaku hos sidang kemuncak itu, juga dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara anggota ASEAN selain menghoskan majis resepsi untuk pemimpin, petang Khamis.
Rusia telah menjadi rakan dialog ASEAN sejak Julai 1996.
Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN pertama diadakan di Kuala Lumpur pada Disember 2005.
Malaysia dan Rusia akan menyambut ulangan tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Najib Razak
#Russia
#Sochi
#Vladmir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan